let's enjoy the show


Sunday 15 May 2011

....MeNcArI CiNtA..

Sang puteri sebenarnya berhak mendapat mana-mana sang puterai yang dia inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Siapa sahaja lelaki di dunia ini, sang puteri berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu Sang puteri perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari sang putera untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi dengan serius . Ianya di ibaratkan "menarik benang basah dalam tepung"'. Ramai sang puteri di luar sana yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka terkandas di tengah jalan..
tetapi..cinta sejati tidk akan mudah tergelincir!!

Baiklah La Dolce Miera akan dedahkan beberapa fakta yang akan membantu Sang puteri. Kita mulakan sekarang...


·         Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
·          tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
·         Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
·         Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
·         Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
·         Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
·         Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
·         Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah... 


No comments:

Post a Comment